Bukti Alam ini dicipta

BAGAIMANA ALAM INI DICIPTAKAN? Salah satu bidang yang berkaitan dalam hal ini selain Al-Quran yang sudah semestinya benar ialah bidang Kosmologi. Merupakan satu bidang ilmu yang membahaskan tentang kejadian alam semesta, bagaimana ia terbentuk, apa yang berlaku pada alam ini dan apa yang akan berlaku kepada alam ini. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Anbiya ayat 30.
.

21:30 Do not the Unbelievers see that the heavens and the earth were joined together (as one unit of creation), before we clove them asunder? We made from water every living thing. Will they not then believe?

.
Apakah Penemuan Sains Tentang Kejadian Alam Semesta

Ahli kosmologi mengemukakan satu teori yang mereka namakan sebagai 'Teori Big Bang'. Semua ahli kosmologi sepakat mengatakan bahawa alam semesta bermula dari satu unit kemudian ia terpisah melalui satu letupan dan kesan letupan tersebut berbilion-bilion galaksi terbentuk. Ahli kosmologi juga mengatakan bahawa benda hidup bermula dari air. Pembaca boleh menyaksikan video yang dikepilkan dalam laman web ini. Kalau pembaca meneliti video ini, seolah-olah ahli kosmologi menghayati al-Quran.

Dalam ayat 30 Surah al-Anbiyya perkataan 'ratq' bermaksud satu unit dan 'fatq' bermaksud dipisahan. Al-Quran menjelaskan bagaimana alam ini terjadi kepada manusia, manusia adalah makhluk yang menghuni bumi. Sebab itulah al-Quran mengatakan langit dan bumi. Manusia menghuni bumi!.

Mengapa pula perkataan 'samawat' yang berbentuk jama' digunakan dalam ayat ini. Perkataan sama' yang bermaksud langit, jama'nya ialah samawat. Sama' dalam bahasa Arab adalah umumumnya semua benda yang berada di atas, ini termasuk bintang, galaksi, nebula, super nova dan sebagainya. Ada yang namanya jelas disebut dalam al-Quran seperti bulan (Qamar), bintang (nujum atau najm), matahari, buruj dan lain-lain. Apabila al-Quran menggunakan perkataan 'samawat' mungkin maksudnya ialah segala yang di atas (alam ini sendiri, galaksi, nebula, bintang, planet dan lain-lain) ini semuannya berasal dari satu unit. Cuba lihat ayat 47 Surah Zariyat.

Dan langit Kami bangunkan dengan kkuasaan Kami dan kmilah yang menjadikannya semakin besar.
Perkataan sama' adalah dalam bentuk tunggal (mufrad), berbanding dengan samawat (dalam bentuk jama'). Dalam konteks kosmologi, alam semesta ini sahaja yang menjadi semakin lama semakin besar saiznya kerana daya tolakan yang begitu besar pada asalnya menyebabkan galaksi-galaksi bergerak laju arah keluar dari asalannya sedangkan galaksi itu sendiri tidak bertambah saiiznya begitu juga dengan sistem solar juga tidak bertambah besar saiznya. Hanya alam semesta sahaja yang menjadi bertambah besar saiznya. Mungkin ini sebabnya mengapa 'langit' dalam konteks pengembangan alam semesta disebut dengan kata jama' yang bermaksud, pelbagai langit yang ada dalam alam semesta sedangkan dalam ayat 47 surah Zariyat ia disebut dengan kata mufrad atau singular untuk merujuk kepada alam semesta sahaja. Allah a'lam. Untuk memahaminya sila lihat blog yang di atas muka surat ini.

Apa Kesudahan Alam Ini

Menurut mereka yang membaca ayat Allah yang manzuroh, iaitu ahli sains, seluruh alam ini akhirnya akan musnah dengan cara pengecutan biasa (dinamakan sebagai The Big Crunch). Mengapakah alam semesta ini mengecut atau mengalami The Big Crunch? Menurut pengkaji, daya tolakan yang menyebabkan alam ini mengembang semakin lama semakin lemah dan akhirnya akan terhenti sama sekali. Maksudnya galaksi-galaksi semakin lama semakin perlahan pecutannya ke arah luar dan semakin lama semakin perlahan pergerakannya keluar dan akhirnya terhenti. Menurut Hukum Mekanik Newton, apabila galaksi-galaksi ini ini tidak lagi bergerak, ia akan mula menarik antara satu sama lain dan alam ini akhirnya akan mengecut. Cuba lihat ayat ini, iaitu ayat 104 Surah al-Anbia. Satu perkara yang menarik dalam ayat ini ialah ayat ini berada dalam suarah al-Anbiya yang juga menceritakan tentang asal-usul kejadian alam semesta.
Pada Hari Qiayamah Kami akan gulung langit seperti mengulung lembaran-lembaran kertas pada buku sebagaimana Kami memulakan kejadian asalnya Kami akam mengulanginya sesungguhnya Kami akan melaksanakan janji itu.

Untuk membaca seterusnya sila buka blog pasakeedah.blogspot.com! Untuk menghubungi Dr.Arip Kasmo, sila hantar e-mail kepada arip@ukm.my, sekiranya hendak bercakap dengan beliau sila gunakan nombor telifon 0389216918 (pejabat) atau 0192628464 
Laman ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan,pandangan,luahan,dan komen juga pendapat peribadi. Dikuasakan oleh Blogger.