Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan , membahagiakan dan mentemteramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tapi merosakkan. Hukum cinta perlukan dipatuhi agar maksud penciptaannya tercapai. Cintailah sesiapa pun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk kita terus meyintai Allah. Cinta itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain. Kedua jangan sekali-kali melanggar batas syariat Allah seperti dating, perbualan telefon, dan surat cinta.
Cinta suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh oleh faktor agama,akhlak ,kewibawaan dn keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata yang indah. Namun body language sudah cukup untuk membuktikan betapa dalamnya cinta ini. Kebiasaannya cinta suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung lagi di akhirat. Suami yang yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.
Jikalau cinta seseorang itu benar-benar kerana Allah, dia akan lebih khusyuk dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan, itu ertinya cinta nafsu. Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika sedemikian keadaannya, bagaimana akan khusyu` solatnya. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya iu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah yang dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana susahnya air dan minyak bercantum menjadi satu.

Dicatat oleh imtiyaz313.blogspot.com di 23:52 0 ulasan
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz